Majlis Penyampaian Sijil Kursus Asas Pelancongan dan Homestay DUN N.39 Tambunan

08 Jun - 10 Jun 2023 - Rafflesia Hotel, Tambunan

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 20 peserta Kursus Asas Pelancongan dan Homestay DUN N.39 Tambunan tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Wiliebroad Martin Idang, Penolong Pegawai Daerah Tambunan.

Kursus ini telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 08 Jun 2023 (Khamis) hingga 10 Jun 2023 (Sabtu) dikendalikan oleh FGA Enterprise.