Majlis Penyampaian Sijil Kursus bagi DUN N.52, DUN N.53, DUN N.54, DUN N.55 dan DUN N.56

3 Julai - 7 Julai 2023 - Dewan Kenalanmu Seafood Sandakan

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 100 peserta Kursus Membaikpulih Telefon Bimbit DUN N.52 Sibuga, Kursus Asas Pendawaian Elektrik DUN N.53 Sekong, Kursus Sosial Media Bootcamp DUN N.54 Karamunting, Kursus Rekabentuk Grafik (Adobe Photoshop) DUN N.55 Elopura dan Kursus Penyelenggaraan Penghawa Dingin DUN N.56 Tanjung Papat. Kursus tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Haryati Mustapha Penolong Pengarah JPSM.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) dan juga (3) hari bermula pada 3 Julai 2023 hingga 7 Julai 2023 dan juga 5 Julai 2023 hingga 7 Julai 2023 yang dikendalikan oleh Arfsan Computer Centre, Gm UpSkills, RnR Fitra Management Sdn Bhd, Golden Circuit Company dan Bp Mobile Centre @ 88mall.