Majlis Penyampaian Sijil Kursus Membuat Kek Bun dan Pastri di Al-Waaqih Akademi, Sembulan

15 Mei-19 Mei 2023 - Al-Waaqih Akademi, Harbour City, Sembulan

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil kepada 20 peserta Kursus Membuat Kek, Bun dan Pastri telah disempurnakan oleh Puan Norlela binti Emran, Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.

Kursus berlangsung selama lima hari bermula pada 15 Mei hingga 19 Mei dikendalikan oleh SHADHAN TRADING.