Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pembuatan Roti, Kek dan Pastri bagi DUN N.04 Tanjong Kapor

11 Jun 2026- Dewan Arena Belia, Kudat.

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Pembuatan Roti, Kek dan Pastri bagi DUN N.04 Tanjung Kapor Tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Norlizah binti Datuk Hj Gurahman, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) bagi N.4 Tanjung Kapor

Kursus ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 08 Jun 2026 hingga 12 Jun 2026 dikendalikan oleh S.Z Enterprise.