08 Mei 2025 (Jumaat):- Dewan Mini Perkeso, Kota Kinabalu.
Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Persediaan Diploma Kemahiran Post Natal Care tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia telah diadakan pada 08 Mei 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Mini Perkeso, Kota Kinabalu. Kursus selama lima (5) hari tersebut berlangsung mulai 4 hingga 8 Mei 2026 dan dikendalikan oleh penyedia latihan, Sweet Memory Beauty Centre.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Muhammad Ikhwan bin Ghulam Jelani,Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.