Majlis Penyampaian Sijil Kursus Sabah Talent Entrepreneurship Programme (STEP) Siri 2/2023

04 Oktober 2023 - Hotel Raia, Kota Kinabalu

Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Sabah Talent Entrepreneurship Programme (STEP) Siri 2/2023 bagi Kursus Kontraktor Perpaipan, Kursus Kontraktor Elektrikal dan Kursus Mobile Mechanic (Automotive) telah diadakan di Hotel Raia, Kota Kinabalu.

Seramai (60) peserta telah mengikuti program ini yang telah dikendalikan oleh Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah dan Giatmara Kota Kinabalu.