Majlis Penyampaian Sijil Pelatih JPSM Program HELP di Hotel Shangri-La Rasa Ria Resort, Tuaran

16 Jun 2023 - Hotel Shangri-La Rasa Ria Resort, Tuaran (3.00 - 4.00 petang)

Majlis Penyampaian Sijil Pelatih JPSM Program Hospitality Engagement Learning Programme (HELP) Siri Ke-38

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama Hotel Shangri-La Rasa Ria Resort, Tuaran telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Pelatih JPSM Program Hospitality Engagement Learning Programme (HELP) Siri Ke-38 yang telah disempurnakan oleh Puan Dg Norsiah Hj. Ag Duraman, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.

Majlis turut dihadiri oleh Puan Fiona Hagan, General Manager dan Puan Yuko Kyogoku, Director of Human Resource.

Seramai 20 orang pelatih telah berjaya menamatkan latihan dan berjaya bergraduasi. Manakala seramai 18 orang pelatih telah berjaya mendapat pekerjaan di Hotel Shangri-La Rasa Ria Resort, Tuaran.