Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Crane Operations Training di Handal Cranes S/B, Terengganu

21 Februari 2023 - Teluk Kalong, Kemaman Terengganu

Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Crane Operations Training. Seramai 19 orang belia Sabah telah menamatkan latihan 9 bulan di Handal Cranes Sdn Bhd. Kursus telah bermula pada 15 Mei 2022.

Penyampaian Sijil telah disempurnakan YBhg. Datuk Ag. Shaminan bin Datuk Ag Sahari, Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah.

Turut hadir sama adalah Puan Tianinun binti Iping, Pengarah JPSM , Puan Salbia Abas, KPP BTLK dan pegawai-pegawai JPSM.