Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Sabah Talent Entrepreneurship Programme (STEP) di Kedah

16 November 2023 - K2 KISMEC Kulim, Kedah

Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Sabah Talent Entrepreneurship Programme (STEP) bagi Kursus PLC Application Specialist telah diadakan di K2 KISMEC Kulim, Kedah.

Seramai (11) peserta kumpulan kedua telah menghadiri program ini yang dikendalikan oleh Kedah Industrial Skills and Management Development Centre (KISMEC).