Majlis Perasmian dan Penutupan Kursus Kemahiran Dan keusahawanan Bagi Zon Pantai Barat

Majlis Perasmian dan Penutupan Kursus Kemahiran Dan keusahawanan Bagi Zon Pantai Barat telah diadakan pada 27 Mei 2022 (Jumaat) bertempat di Ballroom 1, The Magellan Sutera Harbour Resort.

Sebanyak 10 kursus telah dilaksanakan dengan melibatkan 10 kawasan DUN iaitu:

1. Kursus Keusahawanan Digital - N26 Moyog

2. Penyediaan Rancangan Perniagaan - N25 Kepayan

3. Kreativiti Inovasi Dalam Perniagaan - N24 Tanjung Keramat

4. Perakaunan Berkomputer - N23 Petagas

5. Membuat Makanan Berasaskan Hasil Laut - N22 Tanjung Aru

6. Reka Bentuk Grafik (Adobe Photoshop) - N19 Likas

7. Reka Bentuk Grafik (Adobe Illustrator) - N21 Luyang

8. Gubahan Bunga Segar dan Kering - N20 Api-Api

9. Membaikpulih Komputer - N18 Inanam

10. Reka Bentuk Grafik Autocad - N16 Karambunai

Kursus-kursus tersebut telah dijalankan pada 23 hingga 27 Mei 2022 selama lima (5) hari bagi kursus kemahiran dan 25 hingga 27 Mei 2022 selama tiga (3) hari bagi kursus keusahawanan.

Seramai 200 orang peserta dari 10 kawasan DUN telah menyertai kursus yang telah dianjurkan.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Dg. Norsiah Hj. Ag. Duraman, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Puan Salbia Abas, Ketua Penolong Pengarah BTLK, Encik Syed Shahridzan Sharif Sihan, Penolong Pengarah BTLK, Dr. Chang Kee Ying, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun N.19 Likas, Encik Mohd Reduan Datuk Hj Aklee, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun N.22 Tanjung Aru, Encik Lu Yen Thung, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun N.25 Kepayan, Encik Joseph Suleiman, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun N.26 Moyog, Encik Albert Jumitih, Wakil Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun N.18 Inanam, Puan Salmie Sarinoh, Wakil Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun N.20 Api-Api dan Encik Tang Tieng Yieng, Wakil Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun N.21 Luyang.