Majlis Perasmian Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Beaufort 2023

16 Disember 2023 (Sabtu), Dewan Pa’ Musa & Dataran Bagandang Beaufort

KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN 2023

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Beaufort 2023 anjuran bersama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Pejabat Daerah Beaufort. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Harun bin Durabi, Pembantu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.

Majlis turut dihadiri Yang Berhormat Datuk Matbali bin Musah, Ahli Parlimen Kawasan P.178 Sipitang, Yang Berhormat Datuk Haji Ruslan bin Muharam, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N.34 Lumadan, Puan Dg Norsiah binti Hj Ag Duraman, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Yang Berusaha Tuan Mohd Nazri bin Ajun, Pegawai Daerah Beaufort, dan Puan Salwati binti Abdul Karim, Timbalan Pengarah PERKESO Cawangan Sabah.

Program ini telah disertai oleh 13 Jabatan / Agensi yang terlibat sebagai Pempamer dan sebanyak 14 Majikan yang menawarkan lebih daripada 1000 peluang pekerjaan di seluruh Malaysia bagi membantu untuk mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Sabah.