Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Lahad Datu 2024 oleh Yg Bhg Datuk Mizma Appehdullah, PPM, DUN N.61

KARNIVAL KERJAYA LAHAD DATU 2024

17 FEBRUARI 2024 (Sabtu)

JAM 8.30 PAGI - 4.30 PETANG

DEWAN TUN HAJI MUSTAPA LAHAD DATU

Karnival Kerjaya Lahad Datu 2024 anjuran bersama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama Pejabat Daerah Lahad Datu telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia Datuk Mizma Appehdullah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat, DUN N.61 Segama. Majlis turut dihadiri Yang Berusaha Tuan Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul, Pegawai Daerah Lahad Datu dan Puan Kamsiah Ibrahim, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan pegawai-pegawai pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan di Daerah Lahad Datu.

Program ini telah disertai oleh 16 Jabatan / Agensi yang terlibat sebagai Pempamer dan sebanyak 13 Majikan yang menawarkan lebih daripada 500 peluang pekerjaan di seluruh Malaysia bagi membantu untuk mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Sabah.