Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Institusi TVET Sabah (KSITS) 2024 di Kampus ILTP, JPSM Papar

6 MEI 2024 (HARI ISNIN) - INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP) JPSM, PAPAR

Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Sukan antara Institusi TVET Sabah yang pertama kali di negeri Sabah bagi enam (6) jenis acara sukan yang dipertandingkan iaitu bola sepak, bola tampar, bola jaring, badminton, sepak takraw dan aerodance.

Tujuh (7) institusi yang telah mengambil bahagian dalam sukan antara institusi TVET :

  1. Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kota Kinabalu

  2. Institut Kemahiran MARA (IKM), Kota Kinabalu

  3. Monfort Youth Training Centre (MYTC), Kinarut

  4. Kimanis Petroleum Training Center (KTC)

  5. Kolej Vokasional Sabah

  6. North Borneo University College (NBUC), Kota Kinabalu

  7. Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM.

Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Institusi TVET Sabah (KSITS) 2024 dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Armizan bin Mohd. Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Merangkap Ahli Parlimen P.175 Papar.

Turut hadir ke majlis perasmian adalah Yang Berbahagia Datuk Mohd Hanafiah bin Datuk Mohd Kassim, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan Yang Berusaha Puan Dg. Norsiah binti Hj. Ag. Duraman, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah.