13 Mei 2026 - MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL VIDEO KREATIF BERASASKAN AI KOTA KINABALU,
Majlis Perasmian Penutupan bagi Bengkel Video Kreatif Berasaskan AI dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada penyedia latihan telah berlangsung dengan jayanya.
Kursus intensif yang dijalankan selama tiga (3) hari bermula pada 11 Mei sehingga 13 Mei 2026 ini merupakan program anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).
Pelaksanaan kursus ini merupakan satu langkah strategik jabatan dalam meningkatkan kemahiran dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) bagi para pegawai dan kakitangan. Usaha ini bertujuan untuk memastikan warga jabatan terus kompeten dan berdaya saing dalam mengaplikasikan teknologi terkini bagi penghasilan konten video yang kreatif, profesional, dan efisien.
Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Syed Shahridzan Bin Sh Sihan, Ketua Seksyen Digital dan Inovasi, bagi mewakili Puan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.