Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 60 peserta Kursus di Tawau

24 November 2023 - Dewan Tom Yum Udang , Tawau

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 60 peserta Kursus Membuat Makanan Berasaskan Hasilan Laut , Kursus Asas Membaikpulih Penghawa Dingin dan Kursus Membuat Kek,Bun dan Pastri tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Khairul Anuar Junus, Pemaju Mukim Bandar Dun N.69 Sri Tanjung.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 20 November 2023 hingga 24 November 2023 dikendalikan oleh Arena Binang Bersaudara, Giatmara Penampang & Daun Kari Enterprise.

.