Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi DUN N.22, N.23, N.24, N.25 dan N.26 di Putatan

6 Jun - 10 Jun 2023 - Dewan Sinar Mustika, Putatan

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 100 peserta Kursus membina laman web e-commerce bagi DUN N.22 Tg.Aru, Kursus Asas Penyelenggaraan Penghawa Dingin DUN N.23 Petagas, Kursus Asas Pengaturcaraan PHP Laravel Framework DUN N.24 Tanjung Keramat, Kursus Rekabentuk Grafik Canva DUN N.25 Kepayan dan Kursus Sulaman Labuci dan Sulaman Manik DUN N.26 Moyog tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Dayang Norsiah binti Hj.Ag. Duraman Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 6 Jun 2023 (Selasa) hingga 10 Jun 2023 (Sabtu) dikendalikan oleh Cyber Vision, Uni Ys Sdn Bhd, Giatmara Penampang, KKYS Sdn Bhd dan Niel Couture Design Academy.