Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil di Pusat Latihan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sabah

11 Januari 2023 - Pusat Latihan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sabah

**Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 20 orang peserta Kursus Kemahiran Pemasangan Paip Gas Tahap 1 anjuran dan tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Tianinun Binti Iping, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. **

**Kursus jangka panjang ini yang diadakan selama tiga (3) bulan bermula pada 01 Oktober 2022 hingga 31 Disember 2022 telah dikendalikan oleh Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah. **

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Rosmen Bin Ag. Hassan, Pengarah CIDB Sabah, Encik Tadzul Bin Radim, Ketua Pegawai Eksekutif ABM Kota Kinabalu dan Puan Salbia Abas, Ketua Penolong Pengarah BTLK (Ketua Urus Setia Kursus Kemahiran JPSM) bersama Pegawai-pegawai ABM/CIDB dan JPSM.