Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Jahitan Labuci dan Sulaman Manik

16 Januari 2023 - Dewan Serbaguna Kg. Buang Sayang

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 20 peserta Kursus Jahitan Labuci dan Sulaman Manik tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Junior Fred Vincent, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), N.40 Bingkor.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 12 Januari 2023 hingga 16 Januari 2023 yang dikendalikan oleh MCPC Enterprise. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Puan Salbia Abas, Ketua Penolong Pengarah BTLK bersama Pegawai-pegawai UPPM N.40 Bingkor dan JPSM.