Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Kek, Bun dan Pastri bagi DUN N.44 Tulid

6 Jun - 10 Jun 2023 - Dewan Kampung Kindasan, Daerah Tulid

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 20 peserta Kursus Kek, Bun dan Pastri tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Casmir Silip, Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.44 Tulid.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 6 Jun 2023 (Selasa) hingga 10 Jun 2023 (Sabtu) dikendalikan oleh Sweet Honey Cake.