Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus-kursus Jangka Pendek di PNS, Papar

23 Jun 2023 - Bilik Serbaguna Perpustakaan Negeri Sabah, Papar.

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil telah sempurna dirasmikan oleh Tuan Roslie Bin Hj. Ibrahim, Setiausaha Sulit Kepada Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Sabah, Sarawak & Tugas-tugas Khas di Bilik Serbaguna Perpustakaan Negeri Sabah, Papar.

Seramai 60 orang peserta berjaya menamatkan kursus-kursus seperti berikut :-

  1. Kursus Membuat Beraneka Jenis Dimsum & Dumpling anjuran Pro-Active;

  2. Kursus Pemasangan & Penyelenggaraan Paip anjuran Buatti Enterprise; dan

  3. Kursus Social Media Bootcamp anjuran ICC Services