Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Membuat Kek, Bun Dan Pastri - Dun N.31 Membakut & Kursus Memproses Dan Memasak Mee - Dun N.34 Lumadan

16 Januari 2023 (Isnin) - BANGUNAN PERSATUAN BERSATU BISAYA, BEAUFORT

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 40 orang peserta Kursus Membuat Kek, Bun Dan Pastri - Dun N.31 Membakut & Kursus Memproses Dan Memasak Mee - Dun N.34 Lumadan tajaan JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ruslan Bin Haji Muharam ADUN N.34 Lumadan.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 12 hingga 16 Januari 2023 dan dikendalikan oleh Pemborong SNS serta Limbai Kaya Enterprise. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Puan Tianinun Binti Iping Pengarah JPSM, Puan Dg. Norsiah Binti Hj. Ag. Duraman Timbalan Pengarah JPSM, Tuan Haji Saruji Bin Abdul Rahman PPM DUN N.31 Membakut dan Encik Dioslin Bin Alin @ Augustine PPM DUN N.34 Lumadan.