Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Membuat Kek, Bun Dan Pastri

16 Januari 2023 - Dewan Datuk Ellron, Keningau

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 20 peserta Kursus Membuat Kek, Bun Dan Pastri tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Tony Talasoy, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), N.45 Sook.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 12 Januari 2023 hingga 16 Januari 2023 yang dikendalikan oleh Duraim Solution Sdn bhd. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Puan Salbia Abas, Ketua Penolong Pengarah BTLK bersama Pegawai-pegawai UPPM N.45 Sook dan JPSM.