Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Membuat Pelbagai Jenis Mee di Pulau Banggi

03 Februari 2023 - Dewan Rumah Rehat Kerajaan Kampung Karakit, Pulau Banggi

**Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 20 peserta Kursus Membuat Pelbagai Jenis Mee tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Akram Bin Ismail, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), N.1 Banggi. **

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 30 Januari 2023 hingga 03 Februari 2023 yang dikendalikan oleh Mrs Nancy Lim School & Baking.