Majlis Perasmian Penutupan Jerayawara Kerjaya PERKESO - 25 Februari 2023 ( Dewan Serbaguna ILP, Kota Kinabalu)

25 Februari 2023 (Sabtu)

Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu

**Program Jerayawara Kerjaya & Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Zon Utama PERKESO Sabah 2023 bagi Daerah Kota Kinabalu yang dianjurkan oleh PERKESO Sabah dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Bin Haji Mohd. Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. **

**Jerayawara Kerjaya ini telah menawarkan lebih daripada 1000 peluang pekerjaan dengan penyertaan sebanyak 28 Majikan. **

Majlis pada hari ini merupakan Majlis Penutupan bagi Program Jerayawara Kerjaya & Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Zon Utama PERKESO Sabah 2023 yang telah pun bermula sejak 18 Februari 2023 dan melibatkan 5 Daerah termasuk Keningau, Tawau, Semporna Sandakan & Kota Kinabalu.