Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Penyelenggaraan Penghawa Dingin, DUN N.60 Tungku

22 & 23 Jun 2023 - Dewan Sri Ladtang Kg. Segangan 2

Sesi Pemantauan dan Majlis Perasmian Penutupan bagi 20 peserta Kursus Asas Penyelenggaraan Penghawa Dingin, N.60 Tungku. Kursus ini ditaja penuh oleh JPSM dan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohammad bin Hj. Serangit selaku Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN N.60 Tungku.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 19 Jun 2023 hingga 23 Jun 2023 yang dikendalikan oleh Golden Circuit.