Majlis Perasmian Penutupan Kursus Jangka Panjang anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) bagi Siri 1/2022

29 Ogos 2022 (Isnin) - Majlis Perasmian Penutupan Kursus Jangka Panjang anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) bagi Siri 1/2022 telah diadakan di Raia Hotel, Kota Kinabalu.

  1. Sunshine Master Care Sdn. Bhd. - Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak - Kanak (KAP) Permata;

  2. ESTC Academy Sdn. Bhd. - Kursus Rigging & Slinging (Advance) and Blaster Painter Level 1 & 2;

  3. Merchant Sailors Training Center (M) Sdn. Bhd. - Shipping Course

  4. Empire Scuba Supplies Sdn. Bhd. - Kursus Pemandu Penyelam (Divemaster)

  5. Asian Tourism International College (ATI) - Kursus Pemandu Pelancong (Region Specific Tourist Guide)

Kursus-kursus ini merupakan tajaan daripada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan telah dilaksanakan oleh penyedia latihan swasta yang telah dilantik oleh JPSM.

Majlis Perasmian Penutupan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Tianinun binti Iping, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM). Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Puan Dg. Norsiah Binti Hj. Ag. Duraman Timbalan Pengarah JPSM.