Majlis Perasmian Penutupan Kursus Khas bagi kawasan DUN N.33 Kuala Penyu

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Khas bagi kawasan DUN N.33 Kuala Penyu Tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah diadakan pada 22/10//2022 (Jumaat) yang bertempat di Dewan Dato’ Syahbandar Makang, Kuala Penyu yang dirasmikan oleh YB Datuk Limus Jury, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Merangkap Adun N.33 Kuala Penyu.

Sebanyak lima (5) kursus telah dilaksanakan dengan melibatkan seramai 100 orang peserta. Kursus-kursus tersebut telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 18 hingga 22 Oktober 2022.

Kursus-kursus tersebut adalah seperti berikut:

1. Tajuk Kursus: Membuat Kek, Bun dan Pastri

Penyedia latihan: Kak Tai Product

Tempat kursus : Dewan Dato Hj Ajak Kampung Palu-Palu

2. Tajuk Kursus: Asas Penyelenggaraan Penghawa Dingin

Penyedia Latihan: GM Upskills

Tempat kursus: Dewan Terbuka Kebudayaan Kuala Penyu

3. Tajuk Kursus: Asas Refleksologi

Penyedia latihan: Sogob Traditional Therapy

Tempat Kursus: Dewan Ambuyat Kuala Penyu

4. Tajuk Kursus: Menggunting Rambut Lelaki Dan Wanita

Penyedia Latihan: D’Asean Beauty

Tempat kursus: Dewan Ambuyat Kuala Penyu

**5. Tajuk Kursus: Memproses dan Memasak Mee **

Penyedia Latihan: Daun Kari Enterprise

Tempat kursus: Maju Kuala Penyu Farmstay Kg.Kiaru