Majlis Perasmian Penutupan Kursus Khas bagi kawasan DUN N.48 Sugut dan N.49 Labuk

Daerah Beluran - 20/8/2022 (Beluran)

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Khas bagi kawasan DUN N.48 Sugut dan N.49 Labuk anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah dilaksanakan pada 20/8/2022 (Sabtu) bertempat di Dewan SK. Pekan Beluran, Beluran. Sebanyak lima (5) kursus telah dilaksanakan dengan melibatkan seramai 100 orang peserta. Kursus-kursus tersebut telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 16 hingga 20 Ogos 2022. Senarai kursus-kursus yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Nama Kursus : Membuat Kek, Bun dan Pastri

Nama Penyedia Latihan : CH’S Enterprise

2. Nama Kursus : Asas Jahitan Pakaian Wanita (Baju Kurung & Jubah)

Nama Penyedia Latihan : Institut Kemahiran Wijaya

3. Nama Kursus : Memproses dan Masakan Mee

Nama Penyedia Latihan : Pemborong SNS

4. Nama Kursus : Asas Pemasangan Paip

Nama Penyedia Latihan : Sri Damai Trading

5. Nama Kursus : Masakan Makanan Laut (Seafood)

Nama Penyedia Latihan : Akademi Intan Bandaraya