Majlis Perasmian Penutupan Kursus Khas, Kerjasama Strategik Bersama Jabatan Penjara Malaysia

9/9/2022 - Majlis Perasmian Penutupan Kursus Khas, Kerjasama Strategik Bersama Jabatan Penjara Malaysia bertempat di Sekolah Henry Gurney, Keningau telah disempurnakan oleh Puan Salbia Abas selaku Ketua Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran.

Kursus-kursus tersebut adalah seperti berikut:

1. Kursus Solekan dan Dandanan Rambut yang dikendalikan oleh Sutera Skills Centre - 20 peserta wanita.

2. Kursus Memproses dan Memasak Mee yang dikendalikan oleh Daun Kari Enterprise - 20 peserta lelaki.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari iaitu bermula pada 5 hingga 9 September 2022.