Majlis Perasmian Penutupan Kursus Khas, Kursus Simen Fero bagi jawatan DUN N.29 Pantai Manis dan DUN N.27 Limbahau

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Khas, Kursus Simen Fero bagi jawatan DUN N.29 Pantai Manis dan DUN N.27 Limbahau tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah diadakan pada 29 Oktober 2022 (Sabtu) bertempat di ILTP Jpsm Papar.

Kursus telah dilaksanakan selama lima (5) hari bermula pada 25 hingga 29 Oktober 2022 dengan melibatkan seramai 40 orang peserta. Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Encik Mohd Rosli Bin Ibrahim@Dulaim , Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.29 Pantai Manis