Majlis Perasmian Penutupan Kursus Membuat Makanan Berasaskan Hasil Laut, DUN N.63 Kunak

22 & 23 Jun 2023 - Dewan Arena Belia, Kunak

Sesi Pemantauan dan Majlis Perasmian Penutupan bagi 20 peserta Kursus Membuat Makanan Berasaskan Hasil Laut, N.63 Kunak. Kursus ini ditaja penuh oleh JPSM dan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Hussin Mohd. Rais selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.63 Kunak.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 19 Jun 2023 hingga 23 Jun 2023 dikendalikan oleh Sincere Skills Academy.