Majlis Perasmian Penutupan Kursus Rigging & Slinging (Advanced) and Basic Level 1

**
Majlis penutupan kursus Rigging and Slinging (advance) and Scaffolding Level 1 telah dilaksanakan pada 30 November 2021 bertempat di Pusat Latihan ESTC Academy, Jalan Sulaman Tuaran. Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Tianinun Binti Iping, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).**

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran JPSM, wakil Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Encik Othman Abdullah, Pengarah ESTC Academy, En. Barry Gapang, pegawai dari Petra Resources dan Clear Water Solutions.

Kursus tersebut telah dilaksanakan selama satu (1) bulan bermula pada 1 hingga 30 November 2021.

Kursus tersebut telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan iaitu sebanyak 1113 permohonan diterima dari seluruh daerah di Sabah.

Walau bagaimanapun, hanya 20 orang peserta sahaja yang telah terpilih berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan antaranya adalah BMI, kesihatan tubuh badan dan penglihatan yang baik.

Sekalung penghargaan kepada pihak ESTC Academy selaku penyedia latihan kerana telah berjaya melatih seramai 20 orang peserta kursus.

Kursus ini merupakan kursus yang julung kali dilaksanakan selaras dengan keperluan dan permintaan yang tinggi dalam industri minyak dan gas di negeri Sabah.

Dalam pada itu, pihak Petra Resources telah mengadakan sesi temuduga dan semua peserta kursus telah berjaya ditawarkan jawatan dalam pelbagai bidang berkaitan.