Majlis Perasmian Penutupan Kursus Urut Terapi (Wanita) bagi DUN N.42 Melalap

6 Jun - 10 Jun 2023 - Bilik Mesyuarat Kompleks Sukan Tenom.

Sesi Pemantauan dan Majlis Perasmian Penutupan bagi Kursus Urut Terapi (Wanita) tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Simon Manat Pegawai Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.42 Melalap.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 6 Jun 2023 (Selasa) hingga 10 Jun 2023 (Sabtu) dikendalikan oleh Inner Peace Academy.