Majlis Perasmian Penyampaian Sijil bagi peserta Program Pembuatan Pastri SKM Tahap 2

24 April 2026- Raia Hotel, Kota Kinabalu.

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 10 peserta Program Pembuatan Pastri Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 bagi Orang Kurang Upaya disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Muhammad Ikhwan bin Ghulam Jelani, Timbalan Pengarah JPSM.

Kursus ini telah berlangsung selama 9 bulan bermula 14 julai 2025 hingga 13 April 2026 dikendalikan oleh Asian Tourism International College Sdn bhd bersama Sabah Cheshire Home & Service. Program ini ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).