Majlis Perasmian Program Jerayawara Kerjaya Daerah Sandakan oleh Yang Berusaha Cik Lai Shiau Lin

Program Jerayawara Kerjaya bagi Daerah Sandakan - 21 Februari 2023

**Program Jerayawara Kerjaya & Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Zon Utama PERKESO Sabah 2023 bagi Daerah Sandakan yang dianjurkan oleh PERKESO Sabah dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Cik Lai Shiau Lin, Ketua Pentadbir Pusat Khidmat Rakyat P186 Sandakan. Karnival kerjaya ini menawarkan lebih daripada 500 peluang pekerjaan yang disertai oleh 15 Majikan. **

Karnival seterusnya akan berada di KOTA KINABALU! Temui kami pada sesi Perasmian dan Penutupan Jerayawara Kerjaya & Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Zon Utama PERKESO Sabah 2023 yang akan disempurnakan oleh YB Tuan Mustapha Bin Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Jangan lepaskan peluang anda!! JOM RAMAI-RAMAI JUMPA KAMI DI DEWAN INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP), 25 FEBRUARI 2023 (SABTU), 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG!!!