Majlis Perasmian Program Jerayawara Kerjaya zon Semporna oleh Yang Berusaha Puan Samsiah Sabdan

20 FEBRUARI 2023 (ISNIN), DEWAN MASYARAKAT SEMPORNA

Majlis Perasmian Program Jerayawara Kerjaya & Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Zon Utama PERKESO Sabah 2023 bagi Daerah Semporna anjuran PERKESO Sabah dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Samsiah Sabdan, Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Semporna.

Karnival kerjaya ini disertai 12 Majikan yang menawarkan lebih daripada 500 peluang pekerjaan dan pelbagai pameran yang boleh dikunjungi oleh para pencari kerja. Jangan lupa temui kami di destinasi seterusnya SANDAKAN!!

JOM RAMAI-RAMAI JUMPA KAMI DI DEWAN MASYARAKAT SANDAKAN, 21 FEBRUARI 2023 (SELASA), 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG!!!