Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) 2023 anjuran Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR)

20 - 22 JUN 2023 (SELASA - KHAMIS) : Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu

MAJLIS PERUNDINGAN PELAJAR SABAH (MPPS) 2023

Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah menyertai Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) 2023 anjuran Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) pada 20 - 22 Jun 2023 di Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu.

Dua pelatih ILTP yang terlibat sebagai peserta ialah Mohd Azizi Faruq bin Rosly, Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelatih (MPP) ILTP dan Norafiza Lai Kok Seng, Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelatih (MPP) ILTP.

MPPS tahun ini telah dihadiri oleh 120 orang pimpinan mahasiswa/pelajar Sabah daripada pelbagai IPTA, IPTS, IPG, Politeknik, Institut Latihan / Kemahiran dan pimpinan pelajar tingkatan 6 dari seluruh negara.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah hadir bagi mendengar pandangan dan aspirasi para peserta melalui beberapa usul yang dibentangkan.