MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 1444 HIJRAH / 2022M

13 OKTOBER 2022 (KHAMIS) : MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 1444 HIJRAH / 2022M

ILTP, JPSM dengan kerjasama Badan Amal dan Kakitangan Islam (BAKTI) telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul Jabatan Pembangunan Sumber Manusia 1444 Hijrah / 2022M. Sambutan tersebut telah diadakan di Institut Latihan Teknik dan Perdagangan, JPSM Papar. Majlis disemarakkan dengan acara perarakan yang bermula dari Surau Hidayatul Solihin ke Dewan Serbaguna ILTP. Selain itu ceramah sempena Maulidur Rasul JPSM yang bertajuk “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran” disampaikan oleh Ustaz Abdul Razak bin Hamdin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, JHEAINS Sabah. Majlis turut diserikan dengan alunan persembahan Nasyid oleh pelatih JPSM dan Persembahan Berzanji oleh Jurulatih JPSM. Disamping itu penyampaian sumbangan sempena Maulidur Rasul tahun ini kepada seramai 262 orang pelatih JPSM oleh Yang Berbahagia Puan Tianinun binti Iping, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM). Turut hadir dalam majlis tersebut Puan Zarina binti Mustafa, Ketua Penolong Pengarah ILTP, Puan Salbia binti Abas, Ketua Penolong Pengarah BTLK, Encik Mas Syazani bin Masood, Ketua Bahagian BKP, Encik Dyson Chee@Dyson Gerard, Ketua Bahagian BKK, Dr. Hjh. Tetty Ruziyati A. Hamid, Timbalan Pengerusi BAKTI, Puan Justina Lojuti, Pengurus Pusat Bertauliah ILTP, Encik Haniff Mohd Arshad, Jurutera JPSM, Encik Saiful Zahrin bin Jasri, Pengurus Kampus ILTP, JPSM Papar dan pegawai serta staf dan jurulatih JPSM.