MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB JPSM SESI 2021/2022

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB JPSM SESI 2021/2022

30 JUN 2022 (Khamis) - Majlis telah dirasmikan oleh Puan Tianinun binti Iping, Pengarah JPSM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Jim Raymon, Pengerusi Kelab JPSM sesi 2020/2021. Antara agenda yang dibincangkan adalah aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2020 hingga 2021. Selain itu, pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa kelab JPSM sesi 2022/2023 telah dijalankan dan telah melantik ahli jawatankuasa kelab baru yang di ketuai oleh Encik Mas Syazani bin Masood. Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli kelab yang baru dilantik.