Mesyuarat Cadangan Pembangunan Kampus Satelit JPSM Membakut bersama Pegawai Daerah Membakut

8 September 2023, Pejabat Daerah Membakut Jam 9 Pagi

Mesyuarat Cadangan Pembangunan Kampus Satelit JPSM Membakut bersama Pegawai Daerah Membakut

Mesyuarat bersama Pejabat Daerah Membakut ini merupakan mesyuarat pertama berkenaan cadangan pembangunan kampus satelit di Daerah Membakut.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Ibrahim bin Terki Pegawai Daerah Membakut, manakala ahli mesyuarat daripada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dihadiri oleh YBhg Puan Dg. Norsiah binti Hj. Ag. Duraman Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, En Mas Syazani Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jurutera JPSM En. Gillson Gilbert Tiwol dan Penolong Jurutera En. Abdul Hafiz bin Hadi.

Selepas bermesyuarat ahli mesyuarat juga telah mengadakan lawatan ke tapak tanah yang dicadangan untuk membina kampus satelit JPSM.