Mesyuarat Mengesahkan Modul Subjek Asas Pengajian Islam

4 APRIL 2022 - Mesyuarat Mengesahkan Modul Subjek Asas Pengajian Islam telah diadakan antara JPSM dan Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) JAKIM bertempat di Bilik Mesyuarat Cenderawasih, Ibu Pejabat JPSM.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Tianinun binti Iping, Pengarah JPSM. Manakala daripada pihak IPDAS, yang hadir ialah Encik Muhamad Zamri bin Muhamed Shapik (Pengarah IPDAS) dan Encik Mohd Zul Fadli Abd. Rasid (Pengetua IPDAS Kampus Kudat).

Melalui mesyuarat ini, subjek Asas Pengajian Islam akan menjadi subjek elektif pada sesi pembelajaran para pelatih dan akan dibukukan sebagai nota rujukan. Kedua-dua pihak turut bercadang untuk membuat pengambilan mantan pelajar dan alumni IPDAS yang berminat untuk mengikuti program latihan kemahiran di ILTP JPSM.

Akhir mesyuarat ini, Pengarah JPSM berharap agar jurulatih khas yang telah dilantik supaya terus membantu memberi kefahaman asas fardu ain kepada para pelatih melalui pendekatan-pendekatan menarik di samping mengimarahkan surau melalui pelbagai aktiviti keagamaan.