MESYUARAT PELAKSANAAN HUB TVET BIDANG TEKNOLOGI KIMPALAN ILTP, JPSM PAPAR

13 FEBRUARI 2023 (ISNIN) : MESYUARAT PELAKSANAAN HUB TVET BIDANG TEKNOLOGI KIMPALAN ILTP, JPSM PAPAR

Tujuan mesyuarat adalah bagi membincangkan persediaan pelaksanaan ILTP sebagai Hub TVET bidang Teknologi Kimpalan. ILTP telah mendapat pengiktirafan Majlis TVET negara sebagai Hub Kolaborasi TVET dan telah menerima watikah pelantikan pada 24 Jun 2022.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Zarina binti Mustafa, Ketua Penolong Pengarah ILTP, JPSM. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Ts. Julkifli bin Awang Besar, Caretaker Kolej Komuniti Papar, Puan Darni binti Mohamed Yusoff, Pensyarah Kanan Jabatan Matematik dan Komputer, Politeknik Kota Kinabalu dan Encik Mohammad Nor Ihsan bin Md Zin, Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kota Kinabalu.