Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Pencinta Haiwan ILTP, JPSM

27 Januari 2023 - Mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan Penubuhan Jawatankuasa Pencinta Haiwan Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).

Jawatankuasa tersebut akan bertanggungjawab dalam pengurusan haiwan yang terdapat di dalam kawasan ILTP. Selain itu dengan adanya jawatankuasa pencinta haiwan akan dapat memupuk semangat dan tanggungjawab bahawa pentingnya menyantuni, membantu, menyayangi dan memelihara kesinambungan kehidupan yang aman untuk semua jenis haiwan dikalangan warga ILTP, JPSM.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Zarina binti Mustafa, Ketua Penolong Pengarah ILTP, JPSM.