Mesyuarat Penutupan Audit Luar - Lloyd's Register Quality Assurance (LRQA) MS ISO 9001 2015 JPSM

11 Ogos 2023 - Bilik Mesyuarat JPSM, Tingkat 7, Wisma Bandaraya

Mesyuarat Penutupan Audit Luar Persijilan Semula MS ISO 9001:2015 Jabatan Pembangunan Sumber Manusia

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JPSM dan dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Bahagian Khidmat Kerjaya (BKP), Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran (BTLK) dan Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan (BPP) dan pegawai-pegawai JPSM.

Audit Luar persijilan dari Lloyd’s Register Quality Assurance (LRQA), Kuala Lumpur dikendalikan oleh Puan Lee Yi Yan (Team Leader), Encik Ramli Mohd Daud dan Encik Frederick Low yang menjalankan pengauditan secara maya.

Pihak JPSM berbangga kerana maklumbalas yang positif dari pihak Auditor LRQA untuk penyambungan semula persijilan MS ISO 9001:2015.

Tahniah dan syabas JPSM.