Mesyuarat Persediaan Karnival Kerjaya Kota Marudu 2023 di Pejabat Daerah Kota Marudu

26 Oktober 2023 (Khamis), Jam 10.00 pagi, Pejabat Daerah Kota Marudu

Mesyuarat Persediaan Karnival Kerjaya Kota Marudu 2023

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Marshal Anthony @ Idham selaku Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu, turut dihadiri oleh Bahagian Khidmat Kerjaya Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, wakil Pejabat Daerah Pitas, wakil Pejabat Daerah Kudat, wakil Pejabat Daerah Kecil Banggi, wakil Pejabat Daerah Kecil Matunggong dan beberapa Jabatan dan Agensi serta UPPM Kawasan terlibat bagi membincangkan pelaksanaan Karnival Kerjaya Kota Marudu 2023 agar berjalan lancar dan lebih teratur.