Mesyuarat Persediaan Karnival Kerjaya Lahad Datu 2024 di Pejabat Daerah, Lahad Datu

1 Februari 2024 (Khamis), Jam 10.00 pagi, Pejabat Daerah Lahad Datu

Mesyuarat Persediaan Karnival Kerjaya Lahad Datu 2024

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Firuz Idzualdeen @ Benetty Bin Mohd Dzul selaku Pegawai Daerah Lahad Datu, turut dihadiri oleh Bahagian Khidmat Kerjaya, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) bersama wakil beberapa Jabatan dan Agensi terlibat bagi membincangkan persediaan dan persiapan pelaksanaan Karnival Kerjaya Lahad Datu 2024 agar berjalan lancar dan teratur.

Karnival Kerjaya Lahad Datu 2024 dijadualkan pada 17 Feb 2024 (Sabtu), 8.30 pagi - 4.30 petang bertempat di Dewan Masyarakat Tun Mustapa, Lahad Datu.