Mesyuarat tapak cadangan kampus satelit Daerah Sipitang

2 Ogos 2022 - Pengarah JPSM telah memberi taklimat kepada Pegawai Daerah Sipitang, Tuan Awangku Raimy bin Pg. Haji Abd. Rahman mengenai cadangan tapak kampus satelit di daerah Sipitang. Mesyuarat juga dihadiri Jabatan lain seperti UPEN, Majlis Daerah Sipitang, Juruukur Daerah Sipitang dan PPHT Sipitang. Sesi mesyuarat tersebut diteruskan dengan lawatan tapak cadangan kampus satelit.