Minggu Suai Kenal dan Kumpulan Dinamik Pelatih baharu ILTP JPSM Sesi 2/2023

3 JULAI - 10 JULAI 2023 : INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP) KAMPUS PAPAR DAN KAMPUS KOTA KINABALU

MINGGU SUAI KENAL DAN KUMPULAN DINAMIK PELATIH BAHARU INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) SESI 2/2023

Seramai 160 orang pelatih baharu daripada seluruh daerah di Negeri Sabah telah mendaftar masuk di Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) Kampus Papar dan Kampus Kota Kinabalu untuk Sesi 2/2023. Program tersebut adalah :

Bahagian Teknikal

  1. Program Perkhidmatan Pembaikan-Kenderaan Ringan SKM Tahap 2

  2. Program Peralatan Penyamanan Udara (HVAC)-Satu Fasa SKM Tahap 2

  3. Program Kenderaan Perdagangan-Servis Pembaikan SKM Tahap 2

  4. Program Teknologi Kimpalan 6G - Sijil Kemahiran JPSM & INSTEP PETRONAS

Bahagian Perdagangan

  1. Program Pentadbiran Sistem Maklumat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4

  2. Program Setiausaha Korporat Eksekutif SKM Tahap 3

  3. Program Pentadbiran Pejabat SKM Tahap 3

  4. Program Perkhidmatan Kecantikan SKM Tahap 1/ Perkhidmatan Terapi Kecantikan SKM Tahap 2/ Perkhidmatan Estetik SKM Tahap 3

  5. Program Jurukecantikan dan Dandanan Rambut Sijil Kemahiran JPSM

Pelatih Baharu turut dilibatkan dengan pelbagai aktiviti dan juga ceramah melalui program Minggu Suai Kenal bermula pada 3 Julai sehingga 10 Julai 2023.