Mini Bazar anjuran ILTP, Kelab JPSM dan MBJ Pekerja JPSM - 28 Oktober 2023 @ Kampus ILTP Papar

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya dan Salam Malaysia Madani.

Tuan/puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan, Pengurusan ILTP dengan Kerjasama Kelab JPSM dan MBJ Pekerja mempelawa semua warga JPSM untuk turut serta dalam Mini Bazar JPSM yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 28 Oktober 2023 ( Sabtu )

Masa : 7.00 pagi hingga 3.00 Petang

Tempat : Dewan Serbaguna ILTP, JPSM, Papar

Aktiviti : 1. Senamrobik

  1. Mini Bazar JPSM

  2. Pemeriksaan Kesihatan dan Derma Darah

  3. Perkhidmatan Refleksologi

  4. Perkhidmatan Gunting Rambut

  5. Perkhidmatan Estetik

  6. Pertandingan PUBG Mobile Esports

  7. Untuk makluman tuan/puan, objektif Mini Bazar JPSM ini diadakan adalah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan dan sekaligus membantu dalam usaha menambah dana Tabung Pelatih ILTP di mana hasil jualan daripada barang-barang terpakai sumbangan daripada tuan/puan akan disalurkan 100% ke Tabung Pelatih ILTP. Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan ingin turut serta memberikan sumbangan barangan terpakai seperti pakaian, tudung, kasut, beg dan lain-lain bolehlah menyerahkan barangan tersebut sebelum atau pada 24 Oktober 2023 (Selasa) kepada urus setia :-

i. Encik Azrie Azhar Thussin - Tingkat 5, Wisma Bandaraya

ii. Encik Mursidi Muhadi - Tingkat 7, Blok A, Wisma MUIS

iii. Encik Abd Rahman Abd Rahim - ILTP Papar

  1. Bagi sesiapa yang berminat untuk membuka Gerai Jualan semasa hari Bazar tersebut (terhad kepada jualan makanan dan minuman sahaja), tuan/puan boleh mendaftar melalui pautan ini https://forms.gle/mUdLfY7u7NCKM8wQ9. Kadar sewa bagi satu tapak jualan adalah RM15.

  2. Kaedah pembayaran jual beli semasa Bazar adalah menggunakan KUPON di mana sekeping kupon bersamaan dengan RM1. Tuan/puan boleh membeli kupon tersebut pada hari Bazar atau boleh membuat pembelian terus dengan pihak urus setia (Bettccy Jeffery / Abd Rahman Abd Rahim - ILTP Papar dan Amalina Jusli / Christin Ester Cyrinus - Wisma Bandaraya) bermula 19 Oktober 2023.

Sekian, terima kasih.

“SENTIASA CEMERLANG”

Saya yang menjalankan amanah,

( HALIZAH HARRIS )

b.p. Pengerusi MBJ Pekerja