Mini Karnival Kerjaya 2023 anjuran JPSM dengan kerjasama PERKESO dan Pejabat Daerah Kinabatangan

18 Mac 2023, Dewan Sri Lamag Pekan Kota Kinabatangan

Mini Karnival Kerjaya Kinabatangan 2023 Anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan Kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Pejabat Daerah Kinabatangan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Mohammad Halidun Bin Salleh, Penolong Pegawai Daerah Kinabatangan dan turut dihadiri oleh Yang Berusaha Tuan Johainizam Bin Datuk Haji Johari, Ketua Bahagian N58 Lamag Kinabatangan.

Program ini disertai oleh 7 Majikan yang menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan di seluruh Malaysia bagi membantu untuk mengurangkan kadar pengangguran.